Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga rakan dihukum gantung kerana membunuh
Diterbitkan:  Mar 18, 2012 2:14 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Tiga sahabat dijatuhkan hukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Alor Setar, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman itu terhadap Choh Yen Leng, 24, Ooi Chee Weei, 25, dan Lim Shu Kiat, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mereka didakwa sebagai anggota satu perhimpunan haram mendatangkan kecederaan dan seorang atau lebih daripada mereka membunuh Tang Wei Yune, 39, di belakang Restoran Yeong Hua, Simpang Kuala dekat Alor Setar pada 27 November 2008 kira-kira jam 11.30 malam.

Semua mereka didakwa mengikut seksyen 149 Kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Choh diwakili peguam SP Raman manakala Ooi diwakili peguam RSN Rayer dan Lim diwakili WKH Ong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS