Najib perkenal Silinder LPG 1Malaysia
Diterbitkan: Mar 21, 2012 12:55 PM | Dikemas kini: Mar 21, 2012 1:05 PM
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Silinder LPG 1Malaysia atau SL1M, yang merupakan satu lagi produk berinovasi yang diperkenalkan oleh syarikat pengeluar Malaysia.
Sehubungan itu, semasa melancarkan produk itu, perdana menteri berharap syarikat-syarikat minyak dalam negara menukar tangki besi LPG sedia ada masing-masing kepada tangki komposit buatan 1Malaysia itu yang lebih ringan, menjimatkan, mesra pelanggan dan mesra alam sekitar.
"Langkah ini akan memberi sokongan kepada produk inovatif Faidhi Holdings Sdn Bhd ini, yang dilihat mempunyai potensi besar untuk berkembang maju dalam pasaran tempatan, dan juga eksport," katanya.
- Bernama

