Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah menjadi ahli parlimen pertama yang menandatangani ikrar integriti pilihan raya yang dilancarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), Sabtu lalu.

Ikrar tersebut  bertujuan untuk meyakinkan calon membuat komitmen terhadap integriti dan urus tadbir yang baik.

NONE Presiden TI-M Datuk Paul Low berkata, Saifuddin yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri pengajian tinggi, akan menandatangani dokumen ikrar itu di bangunan Parlimen esok.

"Sebelum kita lancarkan inisiatif ini, kami tidak mengajak mana-mana ahli politik kerana kami tidak mahu dilihat sebagai berat sebelah.

"Saifuddin (kiri) ialah orang pertama yang memberi maklum balas. Dia menegaskan kepada saya pada pagi Ahad dan mengatakan beliau bersedia untuk menandatangani ikrar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.