mk-logo
Berita
Video Dong Zong tunjuk Wee diejek, dilempar objek

Kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong mendedahkan tiga video yang menunjukkan rakaman timbalan menteri pendidikan Datuk Dr Wee Ka Siong di satu perhimpunan anjuran kumpulan berkenaan, Ahad lalu.

Dong Zong menayangkan rakaman video sepanjang 15 minit itu kepada media hari ini, atas permintaan organisasi media tersebut, ekoran dakwaan Wee sebelum ini yang mendakwa telah diserang dalam perhimpunan berkenaan.

dong zong video screening on 325 rally 310312 wee ka siong 5 Dua daripada ramakan itu menunjukkan tindakan seorang lelaki, Lee Siew Taa, 65, yang menunjukkan isyarat "tidak bagus" ke arah Wee, manakala satu video lagi menunjukkan pandangan daripada bahagian belakang Wee.

Video berkenaan tidak menunjukkan penumbuk dihayunkan ke arah Wee, namun video ketiga dengan jelas menunjukkan beberapa objek telah dilemparkan ke arah timbalan menteri berkenaan dalam keadaan Wee diejek orang ramai.

Video ketiga itu juga menunjukkan tiga naskhah akbar, sama ada digulung atau dilipat, telah dilemparkan ke arah Wee.

Naskhah akhbar ketiga mengenai Wee manakal satu botol plastik yang melayang turut diperhatikan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini