Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri minta BERSIH minta izin 'pemilik' Dataran

Menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 perlu meminta izin daripada "pemilik" Dataran Merdeka untuk mengadakan perhimpunan pada 28 April.

Katanya, Dataran Merdeka yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur itu tidak digazet sebagai lokasi perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.

Oleh sebab itu, penganjur perlu memohon permit daripada polis untuk mengadakan perhimpunan "Duduk Bantah" itu, katanya.

Nazri berkata beliau tidak maklum mengenai pihak yang menyelenggara padang berkenaan, yang sering digunakan untuk anjuran sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Menurut laporan sebelum ini, polis mengarahkan penganjur perhimpunan supaya memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menggunakan tempat itu.

[Baca berita penuh]

ADS