Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan menangguhkan rancangan untuk memperkenal undang-undang bagi membendung diskriminasi antara kaum.

Ditanya mengenai perkara itu hari ini, Mohd Nazri berkata tindakan itu diambil kerana rakyat Malaysia kini boleh menangani hubungan kaum dengan baik.

Undang-undang berkenaan pada awalnya dijangka akan dikemukakan ke Dewan Rakyat pada sesi ini, yang akan berakhir minggu depan.

Menteri hal ehwal undang-undang itu juga menjelaskan, peruntukan mengiut Akta Hasutan 1948, Kanun Acara Jenayah dan undang-undang berkaitan, memadai untuk membendung hasutan perkauman.

Katanya lagi, kesalahan yang mungkin menjejas hubungan kaum sudahpun terangkum dalam undang-undang berkenaan.

[Baca berita penuh]  

ADS