Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kanun Keseksaan akan dipinda untuk memasukkan untuk kesalahan berhubung kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen bagi mengukuhkan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dibentangkan semalam.

Kerajaan bercadang memperkenal sebanyak 13 peruntukan dalam Kanun Keseksaan untuk menangani peruntukan kesalahan yang akan dimansuhkan apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dilepaskan warta.

Beberapa perubahan jelas termasuk kemasukan kesalahan berhubung kegiatan mengancam demokrasi berparlimen, penyebaran maklumat, sabotaj dan pengintipan.

Seksyen 124B berhubung kegiatan mengancam demokrasi berparlimen, ditakrif sebagai kegiatan yang dirancang untuk menumbangkan demokrasi berparlimen dengan cara ganas atau tidak mengikut perlembagaan.

Hukuman yang diperuntuk dalam rang pindaan itu ialah 20 tahun penjara, manakala hukuman bagi kesalahan cubaan melakukan perkara itu diperuntuk 15 tahun penjara.

Tempoh 15 tahun penjara juga diperuntuk kepada kesalahan menghasut orang ramai supaya menentang demokrasi berparlimen.

Tempoh penjara 15 tahun pula diperuntuk untuk kesalahan seperti memasang pelekat atau risalah atau dokumen menghasut keganasan.

Seksyen 124D dan 125D dalam rang pindaan itu pula menyatakan bahawa sesiapa yang mencetak, menyiar, menjual, mengeluar, mengedar dan mengeluarkan semua atau memilik dokumen atau penerbitan yang mengancam demokrasi berparlimen, boleh dipenjara untuk tempoh yang boleh dilanjutkan kepada 15 tahun.

Sementara itu, mana-mana individu yang secara langsung atau tidak langsung melakukan pengintipan atau sabotaj akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup mengikut Seksyen 124N, manakala kesalahan untuk cubaan mengintip atau sabotaj pula diperuntuk hukuman sehingga 15 tahun.

[Baca berita penuh]

ADS