mk-logo
Berita
HSBC nafi halang k'tangan hadiri BERSIH
Diterbitkan:  Apr 24, 2012 7:03 AM
Dikemaskini: 7:13 AM

HSBC Bank Malaysia Bhd telah menafikan mengeluarkan sebarang memorandum kepada kakitangannya melarang mereka menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.

NONE Dalam satu kenyataan petang semalam, HSBC berkata kakitangannya bebas untuk melakukan apa yang mereka suka ketika tidak bertugas.

Ahad lalu, penulis blog Zorro Unmasked bertanya sama ada benar bank tersebut mengeluarkan memo dalaman yang mengancam mengambil tindakan terhadap kakitangan yang didapati menghadiri perhimpunan tersebut.

Menurut HSBC lagi, bank tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada kakitangannya mengenai penyertaan mereka dalam demonstrasi bagi reformasi sistem pilihan raya, BERSIH 2.0 atau BERSIH 3.0.

HSBC, tambahnya, mengekalkan kedudukan berkecuali berhubung politik di semua negara dan wilayah tempat ia beroperasi.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini