Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB pertahan langkah k'jaan ambil alih papan iklan di NS

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan keputusan kerajaan negeri untuk melantik Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebagai agensi tunggal untuk menguruskan papan iklan di negeri ini.

mohamad hasan negeri sembilan mb Mohamad memberitahu Dewan Undangan Negeri bahawa langkah itu akhirnya akan menjadikan ia lebih murah untuk pengiklan dan meningkatkan jumlah yuran yang dibayar kepada pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga menegaskan bahawa langkah itu tidak menjejaskan papan iklan atas tanah persendirian dan hanya akan membabitkan papan iklan atas tanah kerajaan.

Mohamad menjelaskan bahawa peraturan baru itu meletakkan YNS - sebuah agensi kerajaan negeri - sebagai agensi sehenti bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan papan tanda, manakala Semarak Media Sdn Bhd telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan papan iklan.

Langkah tersebut, tegas menteri besar, akan memberi manfaat kepada majlis tempatan kerana sebelumnya pengiklan membayar RM22,000 hingga RM24,000 setahun untuk sebuah papan iklan kepada agensi media. Agensi media hanya membayar RM1,800 setahun kepada majlis tempatan.

NONE Sekarang, tambahnya, pengiklan membayar kadar yang lebih rendah - RM18,000 setahun - kepada YNS. YNS akan membayar RM2,500 hingga RM3,000 kepada majlis tempatan.

Langkah tersebut akan menjana lebih pendapatan untuk majlis-majlis tempatan," kata Mohamad semasa ucapan penggulungan bagi perbahasan titah diraja semalam.

[Baca berita penuh]

ADS