Malaysiakini BERITA

770 peneroka saman Felda RM422 juta

S Pathmawathy  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

palm oil palm kelapa sawit 201107 Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh 770 peneroka daripada Felda Chini dan Felda Chini Timur di Pekan melalui tetuan Daim & Gamany tengah hari ini.

Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.

Peneroka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5 peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia mencadangkan kadar sekurang-kurangnya 22 peratus.

[Baca berita penuh]