Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Semangat perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur telah melintasi zon masa, dengan ribuan orang turun ke jalan di Australia dan New Zealand untuk berarak bersama 100,000 rakan mereka di Malaysia.

Rakyat Malaysia di 35 buah negara dan 85 bandar di seluruh dunia, telah berikrar untuk "bersatu padu" dengan ribuan orang mula berhimpun sejak pagi di di beberapa lokasi di sekitar Dataran Merdeka untuk perhimpunan duduk bantah yang dirancang bermula jam 2 petang.

Menurut warga siber, lebih daripada 1,200 penyokong berhimpun di St Paul Court, Federation Square di Melbourne, sementara ratusan lagi dilaporkan berkumpul di Martin's Place di Sydney Martin di timur Australia pada jam 2 petang waktu Malaysia.

NONE Perhimpunan di Melbourne dimeriahkan dengan persembahan muzik

dan ucapan ahli-ahli politik berhaluan kiri.

"Diaspora Malaysia tidak dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya Malaysia. Hanya pegawai kerajaan yang  bertugas ke luar negara dan pelajar sepenuh masa serta pegawai tentera di luar negara dibenarkan mengundi," kata penyelaras BERSIH Melbourne Global David Teoh dalam satu wawancara dengan ABC Radio dua hari lalu .

Begitu juga dengan perhimpunan di Brisbane, Hobart, Canberra serta di Perth di Australia, dan di Auckland, New Zealand.

Duduk bantah Aotea Square di Auckland pada jam 1 tengahari waktu Malaysia bermula dengan penyokong menyanyikan lagu Negaraku.

Di Hong Kong (gambar atas), kira-kira 400 penyokong berkumpul di Sogo Department Store di Causeway Bay dan mula bergerak ke pejabat konsulat Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia di Singapura mengadakan protes mereka Johor Bahru Waterfront City pada jam 1.30 tengahari, kerana pihak berkuasa Singapura telah dinafikan mereka permit polis untuk mengadakan perhimpunan di Hong Lim Park di republik itu.

Di Thailand, lebih daripada 200 penyokong berarak ke Kedutaan Malaysia di Bangkok, begitu juga dengan kumpulan rakyat Malaysia di Vietnam, Filipina dan Indonesia untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Penyokong BERSIH, sebahagian mereka pelajar, juga berhimpun dalam kumpulan kecil di India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Mesir, Arab Saudi, Afrika Selatan, Jordan, Korea dan China, dengan membawa pelekat dan poster menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya .

Lebih ramai protes dijadual diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Rusia, serta di 16 bandar di Eropah lewat hari ini.

Di Aceh di utara Sumatera, Indonesia, kira-kira sembilan perenang bergambar memegang sepanduk BERSIH di bawah air di Pulau Weh.

[Baca berita penuh]

ADS