Khaled: PSC Lynas untuk cari kebenaran
Penubuhan jawatakuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas bertujuan mencari kebenaran dan memberi pemahaman yang lebih kepada orang ramai tentang isu pembinaan kilang berkenaan, kata pengerusinya, Datuk Seri Khaled Nordin.
"Ia bukannya untuk mendapatkan keseimbangan... ia untuk mencari gambarannya yang sebenar, apakah aspek perkara tersebut...disokong oleh kajian saintifik dan pengetahuan tentang isu, supaya masyarakat akan memahami isu ini dengan jelas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua jawatantakuasa itu di bangunan Parlimen hari Khamis.
Khaled berkata jawatankuasa itu berbeza daripada jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.
"Jawatankuasa lain mungkin terpaksa mencari cara untuk mendapatkan keputusan dan memperoleh keseimbangan dalam mencapai sesuatu, tetapi jawatankuasa ini ditubuhkan untuk melihat piawaian keselamatan projek serta isu lain yang telah menarik perhatian umum," katanya.
- Bernama

