Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pendirian Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa penswastaan papan iklan gergasi akan menyeragamkan pemasangannya di negeri itu dan mengurangkan kos pengiklanan tidak masuk akal, ujar Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM).

Penswastaan itu bakal mewujudkan monopoli syarikat pengiklanan tunggal yang disokong kerajaan negeri, sekali gus tidak bagus untuk perniagaan, tegas Naib Presiden OAAM Alex Yew.

NONE Tambahnya. Jika perkara itu dibiarkan, ia mungkin akan ditiru kerajaan negeri lain, malah mungkin melibatkan pelbagai industri lain lagi.

Minggu lepas Mohamad dilapor mempertahan keputusannya melantik Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebagai agensi tunggal untuk mengambil alih pengurusan semua papan iklan gergasi di negeri itu yang sebelum ini diuruskan 12 syarikat pengiklanan luar atau agensi media.

YNS yang dipengerusikan Mohamad kemudian melantik Semarak Media Sdn Bhd untuk menguruskan perniagaan berjuta-juta ringgit itu, tindakan yang mengundang bantahan industri pengiklanan luar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS