BERITA

Majlis Peguam adakan EGM perhimpunan BERSIH 3.0

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Mei 2012, 9:24 pagi

Majlis Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Menurut surat pekeliling rasmi yang disiarkan di lamanwebnya, EGM itu akan diadakan Jumaat depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

bersih 3 rally 020512 j001 Agendanya ialah membincangkan usul Pengerusi Majlis Peguam, Lim

Chee Wee berhubung dengan peristiwa dan sekitar perhimpunan awam pada 28 April 2012 anjuran BERSIH 3.0, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan dalam pekeliling tersebut.

EGM itu memerlukan kuorum 500 orang.

Majlis Peguam telah menugaskan pasukan pemantauan 78 anggota semasa perhimpunan tersebut dan kemudiannya mengeluarkan laporan interim pada hari Selasa.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.