Lebuhraya SMART ditutup pada 30 hingga 31 Mei
Diterbitkan: May 28, 2012 4:04 PM | Dikemas kini: May 28, 2012 4:06 PM
Lebuhraya Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan ditutup kepada lalulintas dari 30 hingga 31 Mei ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan terowong itu.
Menurut kenyataan SMART hari ini, penutupan itu bermula jam 11 malam 30 Mei hingga 6 pagi keesokannya.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi SMART di talian 1300887188.
- Bernama

