Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang saksi yang mengalami kecederaan akibat dirempuh sebuah kereta lumba ketika sambutan Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 berkata, penganjur hanya menggunakan pokok bunga sebagai pemisah di antara para penonton dan kawasan litar perlumbaan.

Saksi berkenaan, Mohd Aidiel Aiezadi berkata beliau melihat pokok bunga tersebut diletakkan sepanjang tepi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 yang menjadi litar perlumbaan drag pada Sabtu.

Drag race crash "Saya tengok, pasu-pasu bunga saja yang digunakan untuk hadang daripada penonton. Selalu orang guna tayar (di perlumbaan jalan raya lain)," katanya ketika ditemui di lobi Hospital Putrajaya.

Beliau (kiri) yang mengalami kecederaan di kakinya akibat kemalangan itu berkata kejadian berlaku dengan cepat.

Katanya lagi, penganjur juga tidak memberikan sebarang arahan kepada penonton supaya menjarakkan diri daripada litar tersebut, sebelum perlumbaan dimulakan pada kira-kira jam 11.30 malam.

NONE "Apabila sudah kecoh, lepas kemalangan baru penganjur kata jangan dekat dan kemudian (penganjur) tutup kereta (yang terlibat dalam kemalangan) pakai kanvas.

"Tapi sebelum itu tak ada arahan," katanya ketika ditanya.

Beliau hadir ke hospital bersama rakan yang berkerusi roda, Mohd Aidil Azman, 19 (berbaju biru) .

Mohd Aidil yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut berkata beliau dirawat kerana terdapat darah beku di lutut kanan dan terseliuh akibat insiden berkenaan.

NONE Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada malam tersebut, Mohd Aidil (kiri) berkata, beliau bersama Mohd Aidiel dan beberapa rakan lain berada di bahagian hadapan untuk menonton perlumbaan.

"Saya tengah berdiri dekat tepi litar. Saya di barisan hadapan. Saya tengok kereta itu ke tepi... Tapi tahu-tahu dah alih ke arah kami.

"Saya rasa saya sempat alih kaki kiri ke belakang saja, selepas itu dah kena dah (dilanggar)," katanya lagi.

Turut hadir melawat individu berkenaan hari ini ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang  menggesa penganjur berkenaan supaya bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.

"Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

NONE Seramai 17 orang tercedera semasa menyaksikan perlumbaan kereta drag itu. Dua daripadanya dirawat di ICU kerana dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Mangsa yang menerima rawatan di wad ICU ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 19 dari Gemenceh dan Muhammad Fairuz Jalaludin, 26, dari Rembau, Negeri Sembilan.

Seorang lagi mangsa dari Bahau, Negeri Sembilan, Ami Nakim, 27, kini berada di dalam dewan pembedahan.

ADS