Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Nasional bernilai jutaan ringgit kepada anggota keluarganya.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut kepada syarikat tersebut dan mengenai pinjaman RM250 juta.
National Feedlot Corporation (NFC) telah dituduh menyalahguna
pinjaman tersebut.
Suami Shahrizat - Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.
Projek itu bertujuan untuk mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import daging lembu telah ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana jauh daripada mencapai sasarannya.
Berikutan ini, NFC telah didakwa menyalahguna dana daripada pinjaman mudah tersebut untuk pembelian yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.
Pada bulan Mac, Salleh, 64, didakwa atas tuduhan menyalahgunakan RM9,758,140 untuk membiayai pembelian dua buah kondominium di 'One Menerung' di Bangsar, Kuala Lumpur.
Perbicaraan akan bermula pada 5 November depan.
[Baca berita penuh]