Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 15, 2012 11:34 AM
Dikemaskini: 6:44 AM

Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat Kuala Lumpur pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.

Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton NONE bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu dan beregu campuran (1961-1963).

Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.

Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.

Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.

Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.

Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.

- Bernama

ADS