Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menganjurkan sebuah seminar bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada orang ramai mengenai hukum hudud.

Katannya, seminar yang masih diperingkat perancangan itu bukan sahaja memfokuskan mengenai hukuman hudud tetapi turut akan membincangkan mengenai perlaksanaan syariah yang lain.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man ''Kita akan anjurkan satu seminar untuk memberi kefahaman bukan sahaja khas tentang hudud sahaja tetapi lebih pelaksanaan syariah lain.

''Dalam syariah, untuk menjatuhkan hukuman terbahagi kepada tiga, qisas, hudud dan takzir jadi kita akan bincang perkara itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, seminar tersebut akan diadakan secara terbuka dan turut mengalu-alukan kehadiran peserta bukan Islam.

"Kita akan adakan secara terbuka. Yang muslim dan bukan muslim boleh hadir. Sebab kita nak beri kefahaman mengenai perkara ini. Kita akan jemput orang daripada NGO dan akademik sebagai ahli panel bagi membincangkan isu ini.

''Seminar ini juga dapat memberi gambaran sebenar bagi mereka yang tidak faham mengenainya (perundangan Islam). Kita akan umum setelah perbincangan selesai,'' katanya lagi.

Peranan PAS dalam memperjelaskan hudud menerima kritikan pelbagai pihak termasuk bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat tentangan kuat daripada DAP ke atas hudud berpunca daripada gambaran salah yang diberikan PAS.

Dr Mohd Asri seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini berkata, PAS sendiri gagal menjelaskan mengenai peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan di Kelantan.

Beliau memberi contoh, pendakwaan bagi kes rogol yang mengelirukan kerana dianggap oleh pengerusi DAP Karpal Singh sebagai hanya memerlukan empat saksi.

Sedangkan, pesalah berkenaan masih boleh dihukum dengan menggunakan bukti kukuh yang lain, katanya seperti dilaporkan dalam akhbar itu.

ADS