Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri undang-undang diminta perjelas Seksyen 114A

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk mengadakan program khusus bagi menjelaskan Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 kepada rakyat.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim mengakui tahap pemahaman rakyat mengenai akta itu masih rendah dan perlu difahami dengan jelas supaya rakyat terlindung daripada ancaman dalam internet.

"Sebagai permulaan, kementerian menerusi RTM mengadakan forum berskala kecil, sederhana dan besar dengan menjemput Jabatan Peguam Negara yang akan menyediakan kepakaran mereka menerangkan akta ini sejelas yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah di Kampung Rampayan Laut dekat Kota Belud hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai tahap pemahaman rakyat mengenai akta tersebut yang dipinda di Dewan Rakyat pada April lepas.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang diwartakan Julai lepas dan mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuk kalangan pengguna Internet.

Akta 114A dikatakan bersifat berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu.

- Bernama

ADS