Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memberi permit penerbitan kepada Malaysiakini dan mengesahkan bahawa hak kebebasan bersuara termasuk hak untuk menerbit dan merupakan kebebasan asas - satu penghakiman yang amat penting untuk kebebasan akhbar di Malaysia.

dap islamic state forum 260707 shanmuga kanesalingam Pandangan tersebut dikongsi bersama oleh peguam K Shanmuga

(kanan), yang mewakili Malaysiakini dalam kes tersebut, serta pegawai eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, Masjaliza Hamzah.

Mereka dipetik dalam akhbar harian Amerika, New York Times yang telah melaporkan tentang penghakiman penting tersebut.

Ia melaporkan bahawa untuk mendapatkan kebenaran bagi menerbitkan akhbar di Malaysia - di mana media cetak dikuasai penerbitan berkaitan kerajaan - mungkin menjadi lebih mudah selepas penghakiman tersebut.

"Pengiktirafan bahawa hak untuk menerbitkan akhbar adalah hak asasi, adalah sangat, sangat penting.

"Ini adalah kali pertama ianya ditegaskan oleh seorang hakim," akhbar itu memetik Shanmuga dalam laporannya.

Shanmuga berkata, penghakiman tersebut membuat ianya lebih sukar bagi kerajaan untuk menolak sesuatu permohonan untuk mendapat lesen tersebut, kerana ia memerlukan pegawai untuk menunjukkan bahawa penerbitan yang dicadangkan itu, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam atau keselamatan negara, atau tidak bermoral.

NONE Masjaliza (kanan) menyifatkan keputusan tersebut sebagai

"penghakiman yang paling progresif untuk kebebasan bersuara, kebebasan akhbar di Malaysia".

"Ia amatlah penting," katanya, kerana hanya beberapa permit baru sahaja untuk menerbitkan akhbar, telah diberikan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

"Permit yang telah diberikan itu kebanyakannya untuk penerbitan kecil-kecilan, tetapi bukan untuk jenis penerbitan yang boleh meraih pembaca di peringkat nasional, yang Malaysiakini mampu lakukan," kata Masjaliza.

[Baca berita penuh]