Dong Zong anjur demo bantah rangka dasar pendidikan
Kumpulan pendidikan Cina Dong Zong akan mengadakan perhimpunan membantah laporan awal Rangka Dasar Pendidikan Kebangsaan 2013-25 pada 25 November ini yang didakwanya tidak memihak kepada sistem pendidikan pelbagai bahasa.
Bantahan terkini itu, antara beberapa siri lain berhubung pelbagai masalah pendidikan Cina, akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Sin Chew
melaporkan Presiden Dong Zong Yap Sin Tian sebagai berkata, perhimpunan itu perlu disegerakan kepada rangka dasar itu akan dimuktamadkan pada penghujung Disember ini.
"Kita mesti kemukakan cadangan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan dapat perhatian mereka sebelum rangka dasar itu dimuktamadkan pada Disember ini.
"Kami berharap himpunan aman ini akan disertai pelbagai orang daripada seluruh negara," kata Yap dalam sidang media di Perlis semalam.

