Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) nampaknya masih dihantui kemerosotan besar kalah 13 daripada 19 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum sebelum ini.

NONE Presidennya Datuk Seri Peter Chin ( kiri ) berkata, perkara itu masih menjadi kebimbangan terbesar menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Itu kebimbangan besar kita, dan kita harap dapat ubah keputusannya supaya memberi kelebihan pada kita dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pilihan raya ini cabaran terbesar untuk kita," kata Chin selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti itu.

Dalam kenyataan terbarunya, Chin menyifatkan pertembungan kali ini sebagai penentu "hidup dan mati" SUPP.

[Baca berita penuh]