Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB: Beri penjelasan cukup sebelum laksana AES

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta kerajaan memberi penjelasan secukupnya kepada rakyat sebelum melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang antara lain, bertujuan membentuk pemandu berhemah.

NONE Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengadakan tempoh percubaan bagi penggunaan AES sehingga rakyat benar-benar faham dengan pelaksanaan sistem tersebut.

" ...Saya yakin masih banyak rakyat yang kurang faham dengan pelaksanaan sistem berkenaan, justeru memerlukan masa bagi kerajaan untuk memberi penjelasan sepenuhnya kepada rakyat agar tidak timbul sebarang rasa keliru dan salah faham," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidiladha anjuran Pejabat Menteri Besar di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh percubaan itu, kerajaan perlu meninjau pandangan rakyat seperti kesesuaian had laju yang ditetapkan dengan jalan raya yang digunakan selain tidak menyaman mereka yang melakukan kesalahan.

Katanya, masalah yang sama pernah berlaku ketika kerajaan menguatkuasakan penggunaan topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal, yang dibuat secara berperingkat sehingga rakyat benar-benar faham.

-Bernama

ADS