Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'gor hantar surat tuntutan maaf pada Utusan, Zaini
Diterbitkan:  Oct 31, 2012 7:13 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Majlis mesyuarat kerajaan Selangor kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini berkenaan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwanya berunsur fitnah dan hasutan.

"Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil terhadap akhbar dan penulisnya, Datuk Zaini Hassan kerana artikel tersebut berniat jahat, palsu dan  menjejaskan nama baik Menteri Besar," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini.

"Kerajaan negeri juga telah mengarahkan PKNS mengambil tindakan yang sama," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu  dan mengelirukan," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS