Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah rayuan kembali saman Ibrahim terhadap Saifuddin

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengembalikan saman fitnah RM2 juta Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terhadap Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

    

NONE Tiga panel hakim yang diketuai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara membenarkan rayuan Ibrahim dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi  Kuala Lumpur yang membatalkan saman sivilnya.

    

Dua lagi hakim yang bersidang dalam panel itu adalah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtaruddin Baki dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk David Wong Dak Wah.

    

Berikutan keputusan itu, kes itu akan diremitkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

    

Panel hakim juga memerintahkan Saifuddin membayar RM15,000 sebagai kos guaman kepada Ibrahim bagi prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

    

NONE Dalam samannya yang difailkan pada 2 Jun, 2010, Ibrahim yang juga presiden PERKASA mendakwa Saifuddin secara palsu dan dengan berniat jahat menerbitkan kenyataan fitnah pada edisi 27 April hingga 4 Mei akhbar Suara Keadilan dengan mendakwa bahawa Ibrahim terlibat dalam perniagaan perjudian.

    

Ibrahim mendakwa perkataan tersebut disebarkan dengan niat jahat untuk mencemarkan nama dan reputasi baiknya, dan perkataan itu telah menyebabkan beliau dihina, disingkirkan dan diabaikan orang awam.

    

Selain gantirugi am berjumlah RM2 juta, Ibrahim turut menuntut satu injunksi melarang anggota parlimen Machang itu atau ejen beliau daripada mengulangi perkataan yang sama terhadapnya.

    

Pada 7 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Saifuddin untuk membatalkan saman itu.

     

- Bernama

ADS