Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kesatuan pegawai JPJ kutuk tindakan bakar kenderaan
Diterbitkan:  Jan 12, 2013 6:20 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) mengutuk perbuatan membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda milik jabatan itu di Km 12 Jalan Ipoh-Lumut, semalam.

Presidennya Hamzah Masri berkata perbuatan tersebut bukan sahaja tidak wajar tetapi juga melanggar undang-undang.

"Membakar kenderaan mana-mana jabatan sebagai penyelesaian masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa malah menimbulkan lebih banyak masalah," katanya yang ditemui pada majlis penutup Program 1Komuniti 1JPJ peringkat daerah Baling, di Baling hari ini.

Beliau juga berharap polis akan melakukan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

Dalam kejadian itu, kenderaan tersebut dipercayai dibakar selepas dikatakan penyebab kemalangan membabitkan sembilan kenderaan termasuk empat kereta dan dua buah bas sekolah yang tiada penumpang.

Terdahulu pada majlis itu, 438 warga emas menerima lesen memandu yang disampaikan Penolong Pengarah JPJ Malaysia Ariffin Che Mat.

- Bernama

ADS