Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MP Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa dihalang daripada memasuki rumah pam di Wangsa Maju kerana beliau "seorang ahli politik".

Katanya, beliau tidak dapat menerima alasan berkenaan memandangkan beliau, sebagai seorang jurutera terlatih, hanya ingin mendapatkan maklumat berhubung kerosakan berkenaan.

Kerosakan tersebut menjejaskan bekalan ke Pandan, Gombak, Wangsa Maju dan Ampang sejak 29 Disember lalu.

"Secara peribadi, saya rasa alasannya tidak boleh diterima... Mereka tidak mahu isu ini dipolitikkan."

Katanya beliau tidak berminat untuk menyalahkan sesiapa tetapi mahu mencari penyelesaian memandangkan ada penduduk yang tidak mendapat bekalan air paip mahupun bekalan air yang diagihkan dengan lori tangki.

Ong berkata beliau bertemu pegawai kanan pemegang konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada 2 Januari dan diberitahu sebanyak 15,000 hingga 20,000 isi rumah di Pandan terjejas.

[Baca berita penuh]

ADS