Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Adakah Bawani menyusup untuk cetus provokasi?'
Diterbitkan:  Jan 21, 2013 7:04 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mempersoalkan sama ada siswi Universiti Utara Malaysia KS Bawani sengaja "menyusup untuk mencetuskan provokasi" dalam forum kontroversi 8 Januari lalu.

Bercakap dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Youtube,  Sharifah beliau tidak dapat memastikan sama ada Bawani telah "dipergunakan" dalam forum berkenaan.

 

Sharifah mempersoalkan sama ada Bawani menunggu isyarat untuk mencelah dalam forum tersebut dan mendakwa kenyataan siswi tersebut cukup provokatif.

Dalam rakaman video sepanjang sembilan minit itu, Sharifah turut mengulangi ungkapan "Dengar (listen)" sebanyak 11 kali, sepertimana yang dilakukannnya dalam forum berkenaan.

 Merujuk kepada dirinya sebagai "Kak Shah", Sharifah Zohra mengakui bahawa beliau dipengaruhi "emosi" sewaktu berdepan dengan Bawani.

 

Beliau juga mendakwa Bawani tidak mengikuti peraturan program kerana sesi soal jawab telah selasai tetapi beliau enggan untuk menghentikan percakapannya.

 

[Baca berita penuh]

ADS