Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM minta laporan forensik kematian Sugumar
Diterbitkan:  Jan 31, 2013 9:34 AM
Dikemaskini: Feb 1, 2013 12:20 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kementerian Kesihatan menghantar kepada kabinet laporan forensik kes kontroversi kematian pengawal keselamatan C Sugumar, yang didakwa dipukul oleh anggota polis.

Menurut mStar Online, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah diarahkan berbuat demikian selepas perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet minggu ini oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Saksi telah mendakwa bahawa Sugumar, yang dikatakan mengalami gangguan mental telah dikejar oleh beberapa anggota polis pada petang 23 Januari, sebelum dia digari, serbuk kunyit dilumur pada mukanya dan kemudiannya dipukul hingga mati.

Berikutan laporan bedah siasat awal, polis mendakwa Sugumaran meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah telah meminta inkues diadakan, dan telah diluluskan oleh Peguam Negara.

Ini bagaimanapun ditolak oleh ahli keluarga Sugumar dan mereka menuntut bedah siasat kedua dijalan dan polis mengklafikasikannya semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, Pengarah Strategi MIC, S Vell Paari berkata, parti itu akan membantu keluarga Sugumar untuk melantik pakar patologi bebas yang akan menjalankan bedah siasat kedua.

"Kami (MIC) mahu berbincang dengan mereka (keluarga Sugumar) kerana kita tidak mahu mereka menuduh kita menyembunyikan apa-apa," katanya kepada laman berita tersebut.

Parti itu telah menyerahkan memorandum kepada menteri dalam negeri meminta sebuah suruhanjaya khas ditubuhkan untuk menyiasat kematian tersebut.

ADS