Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putrajaya sekat urusan ambil alih SYABAS, dakwa MB

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan persekutuan mungkin menyekat usaha kerajaan negeri untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana Putrajaya mempunyai "pegangan emas" dalam syarikat itu.

NONE Khalid (kanan) berkata pentadbiran beliau membincangkan

pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan kerajaan persekutuan kerana Kementerian Kewangan memegang saham emas dalam syarikat tersebut.

"Datuk Peter Chin (Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi) yang  mewakili kerajaan persekutuan mesti menjelaskan dalam suratnya kepada saya bahawa Kementerian Kewangan sedia untuk menjual pegangannya dalam langkah penyusunan semula.

"Jika ini tidak dilakukan, usaha penyusunan semula (oleh kerajaan negeri Selangor) ke atas syarikat konsesi air itu tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Menurut menteri besar, kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada SYABAS tetapi pihaknya diberitahu oleh mereka bahawa Kementerian Kewangan tidak meluluskan perjanjian itu (kerana ia mempunyai saham emas) di dalamnya.

Khalid diminta mengulas kenyataan Peter Chin minggu lepas bahawa langkah Selangor untuk mengambil alih syarikat bekalan air di negeri ini tidak membabitkan kerajaan persekutuan, tetapi ia harus berunding dengan syarikat-syarikat konsesi.

Menteri besar Selangor berkata tujuan kerajaan negeri mahu untuk menyusun semula bekalan air, ialah bukan untuk menaikkan kadar air tetapi untuk memastikan rakyat tidak akan dibebani oleh kenaikan kos.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang merupakan seorang pakar dalam perjanjian air berkata kerajaan persekutuan mahu mengelak berurusan dengan kerajaan negeri berhubung urusan tersebut.

"Kerajaan negeri mahu menyusun semula, tetapi kerajaan persekutuan tidak mahu melakukannya dan itulah sebabnya mereka menolaknya balik kepada kerajaan negeri.

"SYABAS, Splash dan PUAS sepatutnya berbincang dengan kerajaan persekutuan berhubung langkah penyusunan semula itu," katanya sambil menegaskan bahawa perkara itu telah banyak kali dibangkitkan di parlimen tetapi kerajaan persekutuan sering mengelaknya..

"Ini menunjukkan Peter Chin tidak ikhlas dalam kenyataan beliau," katanya Charles (kiri) sambil berkata seolah-olah kerajaan Persekutuan mempunyai agenda tersendiri.

[Baca berita penuh]

ADS