Malaysiakini
ENBM中文TA
Log Masuk
LANGGAN
  • Sepanjang hayatAKTIFINACTIVEEXPIRED
  • Didaftarkan pada:Didaftarkan pada:Akan tamat tempoh pada:
    AKTIFINACTIVEEXPIRED
  • LANGGAN
  • Renew
  • Sambung Langganan
  • Settings
  • Hubungi kami
  • Log keluar
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
Malaysiakini
user
Log Masuk
LANGGAN
ENBM中文TA
  • Terkini
  • Kolum
  • Surat
  • Ulasan
  • CartoonKini
  • Makmal Berita
  • Laporan Khas
  • Wawancara
  • Parlimen
  • KiniTV
  • Staf
  • Dasar Privasi
  • Syarat Penggunaan
  • Pengiklanan
  • Kerjaya
  • Emel
  • WhatsApp
  • Buat Aduan
  • Alamat
  • Pengiklanan
ENBM中文TA
    • Elok juga lihat apa formula yang kamu dah pakai, kata Annuar balas Umno

      1h ago
    • Nafi 'menuntut' dengan Anwar, Zahid: Anak murid pandai tak perlu guru

      1h ago
    • Zahid cabar PH singkir BN dari kerajaan

      1h ago
    • Lantunan suara Anwar dendang lagu Hindi tuai pujian, tular di India

      1h ago
    • 'Umno Kedah hanya mahu kerjasama dengan PAS, bukan parti kucing Wawasan'

      1h ago
    Polis tembak mati dua suspek penjenayah
    Malaysiakini
    Berita
    Polis tembak mati dua suspek penjenayah

    Polis tembak mati dua suspek penjenayah

    BernamaDiterbitkan: Feb 4, 2013 10:15 AM | Dikemas kini: Feb 4, 2013 10:16 AM

    Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka 'menculik' seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, semalam.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.

    Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.

    "Kumpulan penjenayah itu yang menaiki kereta Perodua Myvi mengekori kereta mangsa sebelum menahan dan melarikan mangsa bersama wang tunai berkenaan sejauh 50 kilometer," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ops Selamat II Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kubang Kerian.

    Jalaluddin berkata empat suspek berkenaan kemudian meninggalkan kerani itu di tepi jalan sebelum melarikan diri.

    Bagaimanapun, katanya, sebaik menerima maklumat, anggota polis berjaya mengesan kereta suspek lalu mengejar kenderaan itu.

    "Ketika polis cuba menahan kereta itu, suspek melepaskan empat das tembakan. Dalam kejadian berbalas tembak itu, dua suspek berusia 22 dan 29 tahun ditembak mati," kata Jalaluddin, sambil menambah kedua-duanya berasal dari Kuala Krai.

    "Kami kini giat menjalankan usaha mengesan dua lagi suspek yang melarikan diri, termasuk menggunakan unit anjing pengesan," katanya.

    Beliau berkata siasatan mendapati hanya RM15,200 wang yang dilarikan dapat ditemui semula manakala bakinya dipercayai dibawa lari dua rakan suspek.

    - Bernama

    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    • comments0
    • facebook
    • whatsapp
    • x
    mk-logo
    • whatsapp
    • telegram
    • youtube
    • facebook
    • x
    • instagram
    • tiktok
    • linkedin
    • Tentang Malaysiakini
    • Staf
    • Dasar Privasi
    • Syarat Penggunaan
    • Pengiklanan
    • Kerjaya
    • Arkib
    • Digital Network
    • KiniTV
    • FG Media
    • RSS Feeds
    • Berita
    • Kolum
    • Surat
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Subscription / Tech Support
    telephone+6017-323 0707
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    • Pengiklanan
    • advertise@malaysiakini.com
    • advertise@fgmedia.my
    Mkini Dotcom Sdn Bhd
    (199901014818 / 489718-U)No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    Hubungi Editorial
    envelopebahasa-editor@malaysiakini.com
    Subscription / Tech Support
    telephone+603-7770 0017
    envelopesubscribe@malaysiakini.com
    @Kini
    No. 9, Jalan 51/205A, Off Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor