Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gembira dengan kedatangan penyanyi rap Korea Psy akan mengadakan persembahan di negeri tersebut ketika majlis rumah terbuka BN pada 11 Februari.

"Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang," kata Lim selepas mengagihkan limau mandarin di Chowrasta Market hari ini.

Katanya, beliau yakin ia akan membantu industri pelancongan di negeri itu dan turut menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan tersebut.

Beliau juga menyeru orang ramai yang hadir untuk memakai warna kuning sebagai tanda sokongan kepada BERSIH, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

ADS