Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wong Tack ancam akan bakar loji Lynas jika...
Diterbitkan:  Feb 4, 2013 3:49 PM
Dikemaskini: 11:50 AM

Presiden kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau Wong Tack mengancam untuk membakar loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan sekiranya kilang tersebut masih beroperasi selepas pilihan raya umum ke-13.

Menurutu laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, Wong berkata beliau sendiri akan membakar loji berkenaan sekiranya ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.

Wong juga mengancam untuk mengadakan demonstrasi jalanan untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih sekiranya tuntutan untuk menutup loji berkenaan tidak dipenuhi, katanya.

Aktivis itu juga berkata beliau bersedia menghadapi apa-apa tindakan undang-undang dan turut mengulangi bahawa beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS