Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda Umno pertahan MB Kedah
Diterbitkan:  Feb 7, 2013 7:54 AM
Dikemaskini: Feb 7, 2013 3:48 AM

Tindakan beberapa penyokong PAS yang mengecam kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di program 'My Beautiful Malaysia' di Sungai Petani, Kedah Ahad lalu melambangkan fikiran sempit, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.

NONE Menurutnya, mereka (penyokong itu) tidak menyedari bahawa program anjuran kerajaan pusat itu adalah untuk keseluruhan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

    

"Mereka sepatutnya tidak melihat program tersebut dari sudut yang sempit kerana Datuk Seri Azizan adalah ketua kerajaan negeri yang mewakili semua rakyat dan tidak hanya sebagai wakil PAS.

    

"Pengikut-pengikut PAS kena tahu menilai program tersebut kerana ia boleh memberi faedah kepada rakyat walaupun ia adalah anjuran kerajaan pusat," katanya.

    

Razali bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Muar hari ini.

- Bernama

ADS