Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JAWI tahan pegawai kanan tentera di kelab malam

Seorang pegawai kanan tentera antara sembilan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan di kelab malam di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Mengesahkan tangkapan itu, Pegawai Perhubungan Awam Kanan JAWI, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata pegawai itu ditahan kerana disahkan positif mengambil alkohol, dalam serbuan pukul 1.30 pagi.

"Ketika serbuan, pegawai tersebut sedang asyik berhibur bersama dua perempuan berusia 20-an yang didakwa anak saudaranya. Bagaimanapun kedua-dua mereka (anak saudara) dibebaskan selepas disahkan negatif dalam ujian pengesanan alkohol," katanya ketika dihubungi Bernama .

Asmawi berkata ketika ditahan, lelaki tersebut merayu minta dilepaskan kerana khuatir memberi kesan terhadap nama baik dan jawatannya.   

Katanya, lima lagi anggota tentera turut dicekup dalam operasi berkala pencegahan maksiat itu oleh pasukan penguatkuasa.

"Pihak kami tidak sesekali berkompromi dalam kes seperti ini tidak kira siapa, sama ada tentera, orang biasa, atau orang kenamaan kerana sudah sedia maklum kelab-kelab malam tempat yang dilarang kepada umat Islam," katanya.

- Bernama

ADS