Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hijau dan kuning' tak dilarang untuk Chingay di JB
Diterbitkan:  Feb 24, 2013 2:37 PM
Dikemaskini: 11:30 PM

Penganjur perarakan Chingay Johor memberikan pandangan berbeza sama ada para penonton boleh memakai baju-T untuk kempen menentang loji nadir bumi Lynas dan baju-T menyokong pergerakan BERSIH.

Pengerusi jawatankuasa Kuil Cina Lama Johor Bahru, Lim Kang Yong sebelum ini berkata orang ramai tidak digalakkan memakai baju berkenaan namun, penyelaras acara itu, Yap Yuan Ming mendakwa ia tidak benar.

Yap dalam kenyataan yang dipetik dalam laporan Sin Chew Daily menegaskan larangan itu hanya diguna pakai kepada pasukan yang menyertai Chingay kerana mereka diwajibkan memakai pakaian seragam yang disediakan penganjur.

"Pakaian seragam kami ada warna kuning dan hijau. Ini membuktikan jawatankuasa tidak mempunyai halangan ke atas warna pakaian.

"Bagaimana pun, pakaian seragam itu perlu ada logo organisasi," katanya sambil menambah pemakaian pakaian seragam itu adalah satu tradisi untuk pasukan Chingay.

[Baca berita penuh]

ADS