Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penulis terkejut pelancaran buku dibatal pada saat akhir

Penulis popular Kee Thuan Chye kecewa kerana pelancaran bukunya oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di Kelab Pulau Pinang dibatalkan pada saat akhir kerana ia mahu mengelak tanggapan wujudnya "kecenderungan politik".

NONE Nasib yang sama menimpa forum bertajuk 'Selepas PRU13, Ke mana, Malaysia' yang dirancang selepas pelancaran itu, yang

menampilkan pemimpin DAP, Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, aktivis sosial Anil Netto, ahli akademik Mustafa K Annuar, dan ahli jawatankuasa BERSIH, Toh Kin Woon.

Menulis dalam facebooknya, Kee berkata, kelab tersebut sudah pun tahu sejak awal lagi bahawa beliau telah menjemput Lim untuk melancarkan buku terbarunya yang bertajuk 'Ask for No Bullshit, Get Some More'.

Katanya, beliau telah dimaklumkan bahawa beberapa ahli Kelab telah mengadu  bahawa barisan panel forum tersebut tidak termasuk dari Barisan Nasional.

"Saya beritahu mereka yang kami telah menemui ahli-ahli politik BN tetapi mereka menolaknya. Kita sudah cuba," kata Kee, pengarang buku popular  'No More Bullshit, Please, We're All Malaysians'.

Katanya, kelab itu lebih prihatin kepada aduan daripada "beberapa" ahli, berbanding dengan kira-kira 60 orang - yang telah mendaftar untuk menghadapi majlis pelancaran buku dan forum tersebut.

Pihak kelab itu juga telah mencetak poster untuk mempromosi forum tersebut dan ahli penalnya sebulan lalu, bermakna mereka sudahpun tahun barisan ahli panelnya.

[Baca berita penuh]

ADS