Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac, dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.

Menurut laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sabah lapan sekolah lagi masih tertakluk kepada arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Lapan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Lok Buani, SK Fajar Harapan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Sahabat 4, SK Cenderawasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana.

Sebelum ini, 11 sekolah di Lahad Datu diarah ditutup sementara susulan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di bandar Lahad Datu mendapati keadaan tenang dan terkawal dengan kedai-kedai beroperasi seperti biasa manakala orang ramai keluar menyelesaikan urusan masing-masing.

-Bernama

ADS