Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR: Perkasa biasa 28% pengundi baru tak dapat dikesan

Ketika Pakatan Rakyat menyuarakan kebimbangannya kerana lebih 28 peratus daripada 500,000 pengundi baru di Selangor tidak dapat dikenalpasti, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menyifatkannya sebagai "biasa" memandangkan mobiliti di negeri ini adalah tinggi.

NONE "Persoalan 28 peratus pengundi baru tidak dapat dikesan, ini adalah perkara biasa," kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Omar dalam satu sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Beliau berkata ramai orang berpindah di seluruh negara, seperti bertukar kerja, dan semua ini menyumbang kepada bilangan pengundi yang tidak dapat dikenalpasti.

Pada tahun 2010, Selangor kedudukan teratas dari segi bilangan warganegara yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, dengan seramai 700,000 orang, katanya.

Bagaimanapun, menurut Wan Ahmad (tengah dalam gambar),

bilangan tersebut telah dikurangkan kepada 250,000 ekoran usaha agresif oleh SPR, parti-parti politik, NGO dan rakyat sendiri.

NONE "Dan jangan terkejut jika saya memberitahu anda bahawa parti-parti dalam Pakatan sangat agresif dalam melakukan pendaftaran di Selangor.

"Jadi, apabila bilangan pengundi meningkat dengan begitu tinggi, mereka tak sepatutnya hairan," katanya.

Wan Omar juga ditanya sama ada SPR akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dalam usaha untuk membersihkan daftar pemilih.

"Kerajaan negeri tidak datang jumpa kita. Mereka pergi kepada media untuk publisiti, mendapatkan keuntungan politik, kemudian hantar kepada SPR dokumen (surat), apa gunanya?" soalnya.

[Baca berita penuh]

ADS