Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Azrul jadi keluarga angkat Jaksa Pendamai S'gor
Diterbitkan:  Mar 12, 2013 8:41 AM
Dikemaskini: 2:36 AM

Keluarga Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna, Sabah, pada 2 Mac lepas, dijadikan keluarga angkat Persatuan Jaksa Pendamai Selangor.

Presidennya Datuk Mokhtar Dahlan berkata sebagai keluarga angkat, pihaknya akan menziarahi keluarga Allahyarham secara berjadual.

Beliau mengumumkan demikian selepas majlis tahlil untuk Allahyarham di kediaman keluarganya di Kampung Rantau Rantau, di Klanbg, malam ini,

Mohd Azrul, 27, dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Sabah, adalah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap anggota kumpulan bersenjata di perkampungan air itu.

Allahyarham merupakan anak keenam dari tujuh beradik dan bapanya Tukiran Ahmad, 65, merupakan seorang bekas askar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS