Kerajaan Sabah harus dibentuk orang Sabah
Sekiranya parti asal semenanjung mengelapali kerajaan Sabah, situasi itu sama seperti meletakkan negeri di bawah bayu itu bawah pengawalan langsung Putrajaya, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee.
Atas alasan itu, Yong yang juga bekas ketua menteri Sabah berkata, hanya parti tempatan patut memimpin kerajaan negeri.
"Kerajaan Sabah yang dilantik Kuala Lumpur akan tunduk kepada pentadbiran persekutuan... walaupun mereka kata gabenor yang melantik ketua menteri, sebenarnya pengerusi Umno atau BnN yang melantik pengerusi BN Sabah, daripada itu ketua menteri dan seterusnya kabinet juga dilantik," kata Yong ketika diwawancara.
"Bagi kami perkara ini bertentangan dengan semangat dan perjanjian Malaysia serta perlembagaan. Proses parti tunduk kepada proses perlembagaan. Jika PKR atau Pakatan Rakyat sekali pun, ia akan tetap sama."
[Baca berita penuh]

