BERITA

Kit Siang tukar kawasan ke Johor

Lee Way Loon

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Mac 2013, 9:21 pagi

Dalam agenda mendapat kuasa di peringkat persekutuan, ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang yang sering mengunjungi Johor akhir-akhir ini dijangka bertanding kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Difahamkan, anggota Parlimen Ipoh Timor itu akan membuat pengumuman rasmi berhubung pertukarannya ke kawasan Selatan yang menjadi kubu kuat BN itu pada sambutan ke-47 dan ceramah DAP di Skudai, dekat Johor Bharu pada Isnin.

Beberapa sumber dalaman parti memberitahu Malaysiakini bahawa kemungkinan Lim bertanding di kerusi Parlimen di Johor dalam pilihan raya umum ke-13 nanti "sangat benar".

Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada Lim akan menamakan kerusi yang diintainya. Spekulasi menyebut ia mungkin Gelang Patah.

Lim ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.