kumpulan Bkt Koman: Standard sianida k'jaan salah
Kumpulan pemuliharaan alam sekitar menggesa kerajaan mengeluarkan arahan bagi menghentikan kerja-kerja di lombong emas Bukit Koman.
Mereka mempertikaikan kenyataan bahawa pelepasan hidrogen sianida di bandar itu dalam tahap yang selamat dan mendakwa kerajaan menggunakan standard yang salah.
Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida di Lombong Emas Raub Pahang (BCAC) dalam kenyataannya berhujah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini memberitahu, pelepasan hidgrogen dari Australia Gold Mining Sdn Bhd di kawasan itu selamat berdasarkan piawaian yang salah.
"Mengikut pemantauan terhadap udara sekeliling JAS yang dijalankan setiap hari sejak Januari 2013, hidrogen sianida tertinggi iaitu 1.15 bahagian per sejuta (ppm) telah dikesan dalam udara sekeliling di Bukit Koman.
"Ini adalah 38 kali ganda lebih tinggi daripada had maksimum yang dibenarkan oleh New York, Amerika Syarikat (0.03ppm), Republik Czech (0.007ppm) dan Rusia (0.009ppm).
"Ini juga jelas menunjukkan bahawa penduduk di Bukit Koman sentiasa terdedah kepada gas hidrogen sianida yang berbahaya dan melebihi tahap keselamatan," kata kumpulan itu lagi.
Mereka berkata demikian sebagai membalas laporan JAS dalam The Malay Mail semalam yang mengatakan bahawa udara di kawasan Bukit Koman adalah selamat dan jabatan itu sedang memantau kualiti udara dengan kerap.
[Baca berita penuh]

