Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi panel rayuan Umno meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 18, 2013 10:55 AM
Dikemaskini: 2:57 AM

Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaludin meninggal dunia hari ini.

Menurut Umno-online , Zuki, 77, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang.

Bagaimanapun, laman web itu tidak memaklumkan sebab kematian Allahyarham, lapor Bernama.

Jenazah Allahyarham kini berada di rumah anaknya Datuk Dr Zamin di No 177, Jalan BK5b/1, Bandar Kinrara, Puchong, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bohol, Puchong, pada pukul 10 pagi esok.

Zuki, berkelulusan ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn London, pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995.

Alllahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Benta Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978.

Sementara itu, agensi berita nasional melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi jenazah Zuki pada pukul 8.20 pagi disambut anggota keluarga Allahyarham.

Beliau meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman Allahyarham di Bandar Kinrara, Puchong, dekat Petaling Jaya, lapor Bernama lagi.

Zuki, 77, meninggal dunia pada 5.30 petang semalam di Unit Penjagaan Koronari, Pusat Perubatan Sime Darby kerana serangan jantung selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak tiga minggu lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Zainab Yusoff dan tiga anak iaitu Datuk Dr Zamyn, 48, Zohan, 44, dan Juanna.

Dr Zamyn berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Bohol.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS