Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan tidak boleh menyekat perbincangan awam tentang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing di Sabah dengan mendakwa ia sebagai subjudis, kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) Datuk S Ambiga.

Bersih co-chairperson - Ambiga Sreenevasan Bekas presiden majlis peguam itu berkata, subjudis membawa maksud mengganggu proses undang-undang yang akan mempengaruhi keputusan hakim.

"Mengulas mengenai RCI Sabah, saya boleh beritahu anda, tidak akan mempengaruhi pihak pengadilan.

"Mereka ialah orang-orang yang berpengalaman - bekas ketua hakim (Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim) yang mengetuainya," kata Ambiga dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita minggu lalu di mana Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggesa orang ramai untuk tidak membuat ulasan tentang RCI kerana ia dianggap sebagai subjudis.

[Baca berita penuh]

ADS