Anwar tak popular kerana pertikai DEB, kata Dr M
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengikut tuduhan Barat apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya menguntungkan kroni Umno".
Malah, tindakan Anwar yang mempertikaikan DEB itu juga menjadikan ketua pembangkang itu tidak popular, kata Mahathir dalam tulisannya bertajuk 'Kenapa perlu benci sesama Melayu' yang diterbitkan Mingguan Malaysia hari ini.
"Apabila penentang DEB luar negeri, khususnya orang Barat, menuduh DEB hanya menguntungkan kroni Umno, maka Anwar segera memeluk tuduhan ini dan dan menuding jari ke arah beberapa orang Melayu yang berjaya sebagai bukti yang DEB hanya menguntungkan kroni pemimpin kerajaan sahaja," tulis beliau dalam rencana itu.
Beliau turut mempertahankan ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang menurutnya menjadi sasaran tuduhan Anwar setiap hari.
"Hari-hari ditujukan tuduhan kepada Syed Mokhtar sebagai kroni.
"Bahawa semua bilionair bukan Melayu juga mendapat sokongan dari kerajaan tidak disebut sebagai kroni," katanya.
"Dan ramailah orang Melayu terutama pemuda yang sudah benci kepada kroni-kroni ini dan Umno dan menolak Umno.
"Tidak disebut oleh Anwar akan ratusan ribu anak Melayu yang mendapat pelajaran tinggi kerana biasiswa kerajaan pimpinan Umno.
"Apakah ratusan ribu ini juga kroni?" tanya beliau dalam tulisannya.
[Berita penuh menyusul]

