Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam Kelab Pulau Pinang kerana membatalkan majlis pelancaran buku bekas wartawan Kee Thuan Chye, sambil berkata 'tiada maaf bagi mu'.

lim guan eng Lim dijadual melancarkan buku kedua karya Kee bertajuk  ‘Ask

for No Bullshit, Get Some More

’ di kelab tersebut pada 28 Februari, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Kee berkata kelab itu memberitahunya bahawa ia tidak mahu dianggap mempunyai kecenderungan politik.

Kelab itu, melalui surat dari lembaga pengarahnya kepada pihak akhbar, menjelaskan bahawa pembatalan tidak ada sebarang kaitan dengan cadangan kehadiran Lim, yang merupakan ahli kehormat kelab itu yang menurutnya pernah berucap atas jemputannya di kuliah sulung siri syarahan Tun Dr Lim Chong Eu.

NONE Ekoran itu, kelab tersebut menegaskan bahawa presiden dan ahli jawatankuassanya 'memohon maaf sepenuh hati' kepada Lim atas sebarang salah faham yang disebabkan oleh pembatalan tersebut.

Bagaimanapun, Lim berkata ini merupakan kali pertama seorang  ketua menteri tidak dialu-alukan di negerinya sendiri.

"Saya tidak faham mengapa mereka memberi saya keahlian kehormat. Mereka memberikannya kepada saya kerana saya ketua menteri, bukan kerana saya Lim Guan Eng - namun begitu, saya tidak dibenar untuk melancarkan buku Kee itu," katanya.

Lim juga mempersoalkan alasa  yang dinyatakan oleh kelab

tersebut, iaitu ia mungkin menghadapi masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

azlan "Adakah ia begitu serius? Saya fikir orang menghadapi masalah dengan ROS jika mereka mencuri wang," katanya sambil secara berjenaka menambah bahawa mereka mencuri yang benar-benar mencuri wang pun tidak menghadapi masalah.

Para hadirin yang kebanyakan mereka terdiri daripada bekas rakan sekelas Kee dari Penang Free School, membalas dengan melaungkan "Bullshit!"

"Terima kasih," jawab Lim, diiringi tepukan gemuruh

[Baca berita penuh]

1. Penulis terkejut pelancaran buku dibatal pada saat akhir

ADS