Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA rancang himpunan 'Selamatkan S'gor' bulan depan
Diterbitkan:  Mar 27, 2013 9:38 AM
Dikemaskini: 1:44 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merancang menganjurkan perhimpunan kemuncak 'Selamatkan Selangor' pada 6 April sebagai penutup aktivitinya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata majlis itu dijadual bermula 3 petang di Seksyen 2 di Shah Alam.

Ibrahim berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur acara itu di Shah Alam malam tadi.

Menurutnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijemput memberikan ucapan pada majlis yang dijangka disertai antara 15,000 dan 20,000 hadirin itu.

- Bernama

ADS