Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB kata Wan Azizah layak jadi penggantinya
Diterbitkan:  Mar 31, 2013 3:35 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Kenyataan itu merancakkan lagi spekulasi bahawa Wan Azizah bakal dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Selangor – dan menggantikan Khalid sebagai menteri besar jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk pentadbiran sekali lagi di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail layak untuk menjadi penggantinya di jawatan tersebut selepas ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi tersebut, laporan Sinar Harian hari ini.

"Dia (Wan Azizah) layak jadi menteri besar Selangor," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan itu.

Kenyataan itu merancakkan lagi spekulasi bahawa Wan Azizah bakal dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Selangor – dan menggantikan Khalid sebagai menteri besar jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk pentadbiran sekali lagi di negeri itu.

Bagaimana pun, Khalid berkata pemilihan menteri besar adalah tertakluk kepada restu oleh Sukltan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Justeru, beliau tidak mahu persoalan siapa bakal menjadi menteri besar Pakatan menjadi spekulasi kerana ia melibatkan istana.

"Kita tidak boleh timbulkan spekulasi itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana. Perkara ini sangat sensitif. Buatlah pilihan raya dahulu," katanya lagi.

ADS